Wednesday, September 23, 2015

Rawatan penyakit sawan kanak-kanak

Penyakit sawan amat merbahaya.

Antara rawatan Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit sawan akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
  • Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
  • Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
  • Surah Al-A’raaf ayat 43 hingga 56
  • Surah Ambiya ayat 74 hingga 81
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang seterusnya.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit datang berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat Al-Quran yang lain yang boleh merawat gangguan tersebut. Ini kerana terdapat banyak kes di mana setelah pergi ke hospital dan mendapat rawatan dan ubat-ubatan namun tetap mengalami serangan sawan seperti sering kejang, mengigil dan berkhayal

Selain itu kita dapat mencegah dengan mengawal suhu badan dan memberi ubatan