Tuesday, May 12, 2015

Ayam grill Lemon dan Kentang



BAHAN-BAHAN :


3 sudu minyak zaitun
6 ketul peha ayam
Garam & Lada hitam
1 biji bawang holand (dihiris kasar)
2 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji kentang (dihiris halus)
1 cawan air rebusan ayam
½ epal cider
2 sudu perahan lemon
Beberapa batang rosemery
Herba thyme



BAHAN PERHIASAN:


½ hirisan keju parmesan
6 – 10 hirisan lemon



CARA PENYEDIAAN



Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
Letak sedikit minyak zaiton.Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak zaiton ke dalam periuk.
Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.