Wednesday, November 19, 2014

Tip Kurus Jimat Duit



Semua orang ingin kurus. Paling kurang pun mesti inginkan bentuk badan idaman.
Memang mudah sahaja. Cuma cepat atau lambat sahaja.

Hari ini nini ingin kongsikan 12 tip aneh yang nini baca dalam satu web.
Tip ini nini kongsikan dari Dr Oz.

1. Jangan Buat Pemilihan Makanan pada saat akhir. Seelok - eloknya pemilihan makanan dibuat 1 jam sebelum makan. Pemilihan saat - saat akhir meninggikan risiko untuk memilih makanan tidak sihat.

2. Makan di tempat yang sama setiap kali kita makan. Jangan menambah aktiviti lain selain dari makan.

3. Jangan Melangkau waktu makan. Apabila kita menglangkau waktu makan badan kita akan menghantar isyarat kebuluran dan akan mengubah mood membakar kepada mood menyimpan lemak. ini juga akan menyebabkan kita mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.

4.Memasak makanan tetapi jangan menggoreng. Anda boleh merebus, mengukus, membakar, mahupun membuat kek atau roti.

5. Minum air pada waktu lapar untuk memastikan badan kita dapat membezakan kita dahaga atau lapar.

6. Omega -3 asid lemak yang boleh menaikkan keupayaan badan untuk membakar lemak.
pembakaran ini lagi cepat jika sahabat menambah sedikit latihan seperti berjalan mahupun bersenam ringan. Omega-3 terbaik adalah didalam ikan salmon.

7. Pastikan anda mendapat tido yang cukup. Apabila kurang hormon didalam badan yang mengawal nafsu makan akan berubah dan cenderung untuk menghasilkan nafsu makan yang tinggi. Anda boleh cuba jika anda tido lewat dari waktu biasa anda tido. Adakah anda cenderung untuk makan pada waktu itu? Adakah anda berasa lapar?

8. Dengan membayangkan berat badan idaman akan membantu anda untuk menahan nafsu makan.
Ya visualkan berat badan anda. Selalu anda visualkan keinginan kejayaan untuk memiliki rumah, kewangan dan kesihatan apa kata kali ini kita bayangkan berat badan idaman anda.

9.Dengan Sarapan pagi anda mempunyai pelunag yang tinggi untuk menurunkan mahupun mengekalkan berat badan anda.

10.Gantikan skala menimbang berat kepada skala mengukur.
Anda boleh guna rajah dibawah sebagai rujukan untuk mengukur pengurangan lemak didalam badan.



11. Berehat seketika 30 saat di tengah - tengah hidangan. Ini akan membantu anda untuk menilai tahap kelaparan anda.

12. Cuba untuk mempunyai protien kecil dalam setiap hidangan. Protien cenderung untuk membuat lebih kenyang dari Karbohidrat mahupun lemak. Sahabat juga boleh cuba kaedah membeli protien tanpa lemak seperti dada ayam dalam jumlah yang besar setiap minggu dan memasaknya untuk seminggu.


HUBUNGI KAMI UNTUK ORDER SHAKLEE

KAMI ADA WAKIL JUALAN DI SELURUH MALAYSIA

Perlu Khidmat Rundingan?

Hubungi saya :

FACEBOOK : Wan Mahani Binti Mahadzar

SMS/Whatsapp: 018 -9054626
SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU
COD: Kota Damansara, Damansara Damai, Sungai Buluh, Sunway, Kepong, Gombak
POSTAGE: Seluruh Malaysia