Wednesday, December 24, 2014

Home Made Twisties

Hai Semua..

Assalamualaikum...

Dah lama tengok member buat twisties.

Alhamdulillah menang sangat berbaloi memcuba.

Sini nini titipkan resepi jika sahabat ingin mencuba

2 sudu rempah Kari Daging
9 sudu Serbuk Cheese
1 sudu Kecik Meal Shake (jika tak tak letak pun ok.)
1 sudu kecil garam
1 paket laksa kering. Dipatahkan kecik - kecik
2 cawan minyak

Cara Masak.
1. Panaskan minyak.
2. Goreng laksa sehingga kembang.
3. Toskan laksa tadi. Biarkan sejuk seketika. (Nini guna tuala dapur untuk toskan lebihan minyak)
4. Masukkan semua bahan - bahan kering dalam blander dan kisar seketika.
5. Masukkan laksa dan bahan kering dalam satu bekas dan goncangkan supaya bahan kering dan laksa bersatu.

*Untuk lebih sihat boleh gunakan minyak sayuran untuk menggoreng.
*Laksa tidak perlu direndam ye. Buka plastik patah- patahkan dan terus goreng.



Twisties Cheese


*Untuk Twisties Cheese ni tak perlu tambah serbuk kari daging tu.


Twisties Cheese Curry



HUBUNGI KAMI UNTUK ORDER SHAKLEE

KAMI ADA WAKIL JUALAN DI SELURUH MALAYSIA

Perlu Khidmat Rundingan?

Hubungi saya :

FACEBOOK : Wan Mahani Binti Mahadzar

SMS/Whatsapp: 018 -9054626
SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU
COD: Kota Damansara, Damansara Damai, Sungai Buluh, Sunway, Kepong, Gombak
POSTAGE: Seluruh Malaysia

Thursday, December 4, 2014

Macaroni Bakar Tanpa Prego dengan Meal Shake

Dah lama tak bercerita dalam blog ni.

Hasil bermain masak - masak dengan marissa.
Balik kerja tak tahu nak masak apa. So mama pun cari la chef kecik mama.

Kerana terlalu suka makan pasta. So marissa dah hafal semua bahan untuk buat sos putih.
Dia siap atur semua bahan untuk masak..
Jika tak nak bakar pun boleh.


Memang simple

Bahan - bahan
300ml susu full cream
100ml air
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan isi ayam (dicincang)
1 tin Cendawan Butang
1 biji bawang Kuning
5 ulas bawang putih
2 sudu butter
1 sudu olive oil
1 sudu meal shake
1 sudu teh origano
100gm cheese (6 keping cheddar cheese)* tak masukkan pun tak apa
1 paket pasta
100gm Cheedar untuk ditabur

Cara memasak Kuah.
Cairkan butter bersama olive oil
Masukkan bawang besar kuning dan bawang putih.
Apa bila sudah naik bau masukkan isi ayam.
lepas isi ayam masak masukkan tepung.
Kacau cepat - cepat supaya tepung sebati.
Masukkan susu, air dan origano.
Masukkan Cheese. Masak sehingga cheese cair.
Lepas medidih masukkan cendawan.
Masak sehingga pekat.
Tutup api. Biar sejuk sedikit baru tabur meal shake.
Kacau untuk sebatikan meal shake.

Panaskan air bersama garam
masukkan Macaroni apabila air sudah mendidih
Masak selama 5 minit
sejat macaroni
Masukkan macaroni kedalam kuah.
Masukkan dalam dulang membakar.
Tabur Cheedar Cheese
Bakar selama 20 minit pada suhu 150 Darjah Celsius



Wednesday, November 19, 2014

Tip Kurus Jimat Duit



Semua orang ingin kurus. Paling kurang pun mesti inginkan bentuk badan idaman.
Memang mudah sahaja. Cuma cepat atau lambat sahaja.

Hari ini nini ingin kongsikan 12 tip aneh yang nini baca dalam satu web.
Tip ini nini kongsikan dari Dr Oz.

1. Jangan Buat Pemilihan Makanan pada saat akhir. Seelok - eloknya pemilihan makanan dibuat 1 jam sebelum makan. Pemilihan saat - saat akhir meninggikan risiko untuk memilih makanan tidak sihat.

2. Makan di tempat yang sama setiap kali kita makan. Jangan menambah aktiviti lain selain dari makan.

3. Jangan Melangkau waktu makan. Apabila kita menglangkau waktu makan badan kita akan menghantar isyarat kebuluran dan akan mengubah mood membakar kepada mood menyimpan lemak. ini juga akan menyebabkan kita mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.

4.Memasak makanan tetapi jangan menggoreng. Anda boleh merebus, mengukus, membakar, mahupun membuat kek atau roti.

5. Minum air pada waktu lapar untuk memastikan badan kita dapat membezakan kita dahaga atau lapar.

6. Omega -3 asid lemak yang boleh menaikkan keupayaan badan untuk membakar lemak.
pembakaran ini lagi cepat jika sahabat menambah sedikit latihan seperti berjalan mahupun bersenam ringan. Omega-3 terbaik adalah didalam ikan salmon.

7. Pastikan anda mendapat tido yang cukup. Apabila kurang hormon didalam badan yang mengawal nafsu makan akan berubah dan cenderung untuk menghasilkan nafsu makan yang tinggi. Anda boleh cuba jika anda tido lewat dari waktu biasa anda tido. Adakah anda cenderung untuk makan pada waktu itu? Adakah anda berasa lapar?

8. Dengan membayangkan berat badan idaman akan membantu anda untuk menahan nafsu makan.
Ya visualkan berat badan anda. Selalu anda visualkan keinginan kejayaan untuk memiliki rumah, kewangan dan kesihatan apa kata kali ini kita bayangkan berat badan idaman anda.

9.Dengan Sarapan pagi anda mempunyai pelunag yang tinggi untuk menurunkan mahupun mengekalkan berat badan anda.

10.Gantikan skala menimbang berat kepada skala mengukur.
Anda boleh guna rajah dibawah sebagai rujukan untuk mengukur pengurangan lemak didalam badan.



11. Berehat seketika 30 saat di tengah - tengah hidangan. Ini akan membantu anda untuk menilai tahap kelaparan anda.

12. Cuba untuk mempunyai protien kecil dalam setiap hidangan. Protien cenderung untuk membuat lebih kenyang dari Karbohidrat mahupun lemak. Sahabat juga boleh cuba kaedah membeli protien tanpa lemak seperti dada ayam dalam jumlah yang besar setiap minggu dan memasaknya untuk seminggu.


HUBUNGI KAMI UNTUK ORDER SHAKLEE

KAMI ADA WAKIL JUALAN DI SELURUH MALAYSIA

Perlu Khidmat Rundingan?

Hubungi saya :

FACEBOOK : Wan Mahani Binti Mahadzar

SMS/Whatsapp: 018 -9054626
SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU
COD: Kota Damansara, Damansara Damai, Sungai Buluh, Sunway, Kepong, Gombak
POSTAGE: Seluruh Malaysia


Thursday, October 23, 2014

G6PD Boleh Membawa Maut.

Secara Ringkas G6PD (Glukosa - 6 - Fostat Dehidrogenase) ialah kekurangan enzim yang terdapat didalam darah sel darah merah. Dalam erti kata lain Sel darah merah cepat pecah atau mati. G6PD bukan satu kecacatan atau penyakit. So ibu tak perlu risau. Ibu kene lebih peka dengan persekitaran.

G6PD mempunyai beratus - ratus variasi genetik dan tahap enzim yang berbeza - beza pada setiap individu.
Penyakit ini hanya boleh disahkan melalui ujian darah.Bagi orang dewasa apa bila sel darah merah cepat pecah atau matang lebih awal dari waktu sepatutnya akan mengakibatkan masalah kekurangan darah atau lebih dikenali sebagai Anaemia.Kes ini tidak merbahaya kepada dewasa. Kesan ini agak merbahaya kepada bayi.Apabila sel darah merah cepat pecah ini akan mengakibatkan bilirubin menjadi tinggi. Keadaan bilirubin yang tinggi boleh menyebabkan keadaan toksid kepada otak. Ini akan mengakibatkan kerosakan otak dan boleh membawa maut kepada bayi.

"Ikterus Neonatorum tanpa bukti adalah ketidak serasian imunologi. Ikterus Neonatorum berlaku kepada beberapa bayi yang menghidap G6PD. Kuning yang tidak dirawat boleh mengakibatkan kernicterus" petikan dari Ernest Beuther, MD

Tanda - Tanda G6PD

1. Kenaikan suhu badan secara tiba - tiba.
2. Air Kencing bewarna Kuning - oren tanpa memakan vitamin B.
3. Pucat, Keletihan
4. Pernafasan Cepat
5. Nadi atau denyutan jantung menjadi cepat.

Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis

Makanan dan herba yang perlu dielakkan
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
·         Kacang parang (fava beans)
·         Ubat China
o    Chuen Lin
o    San Chi
o    13 herbs
o    12 herbs
·         Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)
Bahan lain yang mesti dielakkan
·         Ubat gegat (moth balls)
·         Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang mesti dielakkan
·         Acetanilide
·         Doxorubicin
·         Furazolidene
·         Methylene Blue
·         Nalidixic acid
·         Niridazole
·         Nitrofurantoin
·         Phenozopyridine
·         Primaquine
·         Sulfamethoxazole
·         Bactrim
·         Paracetamol
·         Ascorbic acid
·         Aspirin
·         Chloramphenicol
·         Chloroquine
·         Colchicine
·         Diphenhydramine
·         Isoniazid
·         Phenacetin
·         Phenylbutazone
·         Phenytoin
·         Probenecid
·         Procainamide
·         Pyrimethamine
·         Quinidine
·         Streptomycin
·         Sulfisoxazole
·         Trimethoprim
·         Tripelennamine
·         Mefloquine

Selain itu ibu - ibu harus berhati - hati terhadap bahan dibawah
1. Inai
2. Beri Biru
3. Vitamin K
4. Kandungan Vitamin C yang tinggi
5. 100% Pearl Powder
6. Kacang Fava / Kacang Parang


                                                                                                Kacang parang



Sumber dari: www.g6pd.org, myhealth.gov.my, kidhealth.org

 HUBUNGI KAMI UNTUK ORDER SHAKLEE

KAMI ADA WAKIL JUALAN DI SELURUH MALAYSIA

Perlu Khidmat Rundingan?

Hubungi saya :

FACEBOOK : Wan Mahani Binti Mahadzar

SMS/Whatsapp: 018 -9054626
SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU
COD: Kota Damansara, Damansara Damai, Sungai Buluh, Sunway, Kepong, Gombak
POSTAGE: Seluruh Malaysia

Thursday, October 16, 2014

Vitamin Pelengkap Zat Harian

Sekarang makin ramai ibu - ibu bekerja. sekarang makin ramai sahabat lelaki nini yang menjadi suri rumah.
Tak ada masalah.. banyak pekerjaan untuk kaum lelaki yang memudahkan mereka bekerja dari rumah.
Sura Rumah.. pelik ker dengar tak la..

Bila balik bekerja penat untuk memasak kebanyakkan ibu sekarang lebih senang memilih makan di kedai kerana dapat menjimatkan masa. Masa untuk masak digantikan untuk masa bersama dengan anak. Memantau aktiviti seharian anak dan membantu mereka melakukan kerja rumah.

Masalah utama yang dihadapi oleh kita ibu yang berkerja ialah memastikan anak - anak mendapat semua zat yang diperlukan untuk aktiviti seharian mereka. Cukup ker dengan hanya meminum susu setiap pagi dan malam untuk menaggantikan vitamin yang hilang akibat aktiviti seharian mereka. Bagi anak - anak yang berumur 6 tahun kebawah mampukah anda memberi susu Pediasure sepanjang hari untuk memastikan vitamin cukup untuk mereka?

Antara Tanda Anak Kekurangan Vitamin
1. Anak cepat keletihan
2. Anak kurang daya tumpu
3. Anak tido lebih lama dari jangkamasa sepatutnya
4. Kurang selera makan

Jom kita berkenalan dengan Vitamin yang sesuai untuk semua peringkat umur.Beza hanya sukatan yang diambil. Ye satu botol untuk seisi keluarga... tak caya jom tengok apa ada dalam vitamin ni

1. 24 jenis Vitamin, Mineral dan Zat yang diperlukan oleh tubuh
2. Diperkaya dengan protien untuk membekalkan nutrian untuk sel tubuh
3. Kaya dengan serat untuk membantu proses penghadapan yang sempurna

Meal Shake ini juga dapat mengurangkan masalah yang kita hadapi akibat banyak makan di kedai dan makanan segera serta persekitaran yang banyak pencemaran bahan kimia.Meal Shake juga membantu kita untuk

1. Membantu perkembangan Minda dan IQ anak
2. Menambah Selera makan
3. Membantu Masalah sembelit
4. Menguatkan antibodi
5. Mengurangkan Eczema bagi kanak - kanak dan dewasa


TESTIMONI UNTUK TATAPAN ANDA







KAMI ADA WAKIL JUALAN DI SELURUH MALAYSIA

 HUBUNGI KAMI UNTUK ORDER SHAKLEE

Perlu Khidmat Rundingan?

Hubungi saya :

FACEBOOK : Wan Mahani Binti Mahadzar

SMS/Whatsapp: 018 -9054626
SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU
COD: Kota Damansara, Damansara Damai, Sungai Buluh, Sunway, Kepong, Gombak
POSTAGE: Seluruh Malaysia

Friday, October 10, 2014

KEPENTINGAN NUTRISI KEPADA ANAK

Gaya hidup sekarang adalah penyumbang kepada masalah kesihatan. Selain masalah kesihatan kekurangan nutrisi juga akan menyebabkan banyak masalah.

Pertumbuhan terbantut
Protein amat penting dalam diet seharian anak kita. Protein membantu membina otot dan system didalam badan anak - anak kita. selain protein Kalsium juga penting dalam proses pembesaran anak - anak kita. Kalsium amat penting dalam proses membina tulang, gigi serta membantu dalam pergerakan otot anak kita.

Perkembangan terbantut serta melambatkan kecerdasan Otak.
Banyak tanda kita boleh lihat jika anak kita kekurangan nutrian dalam diet seharian.
Anak yang mempunya masalah nutrisi akan menggalami masalah kurang daya fakus, lambat belajar. Anak ini juga akan kurang menunjukkan minat dengan persekitaran. Dia hanya membuat hal dia sendiri. dalam erti kata lain anak ini akan Nampak seperti berkhayal dalam dunia dia sendiri. Kita juga dapat melihat anak kita kelihatan lesu, kurang aktif dan lebih suka tido.

Mudah dijangkiti penyakit

Kekurangan nutrisi bermakna system imunisasi juga akan berkurang. Badan akan lemah dan senang dijangkiti demam dan selesema. Kekurangan nutrisi amat berbahaya bagi anak yang dihantar ke taska ataupun tadika.


 
KAMI ADA WAKIL JUALAN DI SELURUH MALAYSIA

 HUBUNGI KAMI UNTUK ORDER SHAKLEE

Perlu Khidmat Rundingan?

Hubungi saya :

FACEBOOK : Wan Mahani Binti Mahadzar

SMS/Whatsapp: 018 -9054626
 
SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU
 
COD: Kota Damansara, Damansara Damai, Sungai Buluh, Shah Alam
 
POSTAGE: Seluruh Malaysia

Thursday, October 2, 2014

VITAMIN C PENYEBAB GUSI BERDARAH

Apa itu PERIODONTITIS?
 
Periodontitis ialah apabila plak bakteria serta kakulus terus membentuk kedalam gusi dan memusnahkan fiber  peridontium dan tulang alveolus yang menyokong gusi.
Periontitis bermula dari radang gusi.
Radang gusi bermula dari plak yang tidak disingkirkan dan membentuk karang gigi (Kalkulus)
Periodontitis ialah apabila plak bakteria serta kakulus terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber peridontium dan tulang alveolus yang menyokong gusi.

2 Faktor penyebab periodontitis
1. Faktor Eksiteinsis (setempat / dalam mulut. Ia  berpunca dari tampalan gigi tidak sempurna,  Karies gigi, tabiat mengigit benda asing
2. Faktor intrinsik (sistemik / dalam badan). Ia berpunca dari penyakit diabetic mellitus, kekurangan vitamin C, penyakit neutropenia, peringkat awal kehamilan dan kekurangan Ir liur.

Tanda Periodontitis

Gusi yang merah atau bengkak
Berdarah semasa memberus atau memflos
Nafas berbau

Rawatan
Tukar berus gigi setiap 3 bulan
Berus gigi dan gusi guna berus gigi yang lembut
Pastikan pengambilan vitamin C dalam jumlah yang betul.
Flos celah gusi

Monday, September 15, 2014

Ubat Kutu 100% Tanpa Bahan Kimia

Setiap ibu yang menghantar anak ke taska mahupun tadika pasti mempunyai masalah kutu. Nini pun tidak ketinggalan. Ubat kutu tidak boleh digunakan kerap. Ubat kutu hanya boleh digunakan 6 bulan sekali.
Sayang rambut anak yang dah panjang dibotakkan. Lagi masalah jika anak mempunyai masalah rambut lambat tumbuh.
Setiap kali lepas menggunakan ubat kutu rambut akan menjadi keras.
Kutu boleh berulang kerana telur kutu amat susah mati.
Nini menggunakan Basic H. Basic H ni selamat digunakan setiap minggu.
Rambut juga tidak keras.


Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur sebanyak 6 biji sehari dan telur-telur ini biasanya melekat dengan kuat pada rambut. Telur ini biasanya akan menetas selepas lebih kurang 8 hari. Kutu kepala mampu merebak dengan cepat melalui sentuhan terus antara rambut yang mempunyai masalah. Ia juga mampu melompat ke kepala melalui berus, sikat, topi, tuala dan bantal.



TANDA-TANDA ANAK ANDA DIJANGKITI KUTU KEPALA



1. Gatal yang kuat dipermukaan kepala yang disebabkan oleh bahan yang terdapat dalam air liur kutu.

2. Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga.

3. Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil, bersinar dan berwarna putih. Kelihatan seperti kelemumur tetapi sukar untuk dikeluarkan.


Cara menggunakan Basic H sebagai Ubat kutu.


1. Basahkan rambut

2. Titik 2 titik Basic H diatas rambut

3. Tutup kepala dengan tuala suam. (Bilas dengan air suam)

4. Biarkan selama 20 - 30 minit

5. Bilas dengan air biasa.

6. Jika ingin bilas semula dengan shampoo pun tak ada masalah.



KAMI ADA WAKIL JUALAN DI SELURUH MALAYSIA

 HUBUNGI KAMI UNTUK ORDER SHAKLEE

Perlu Khidmat Rundingan?

Hubungi saya :

FACEBOOK : Wan Mahani Binti Mahadzar

wmmahadzar@gmail.com

SMS/Whatsapp: 018 -9054626

SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU

COD: Kota Damansara, Damansara Damai, Sungai Buluh, Shah Alam






Wednesday, September 3, 2014

Shaklee Kekal Dihati

Ramai masih bertanya..
Ko bukan jenis lompat berniaga ker? Napa now ko tetap Iklan shaklee.
ko ada sale ker tak ko tetap iklan Shaklee. Just tambah barang berniaga yang boleh dibeli dengan set shaklee ko je..
Meh tengok napa nini tetap pilih Shaklee dan kekal bersama Shaklee
1. Paling utama nini tak perlu simpan stok. Tak perlu pikir macam mana nak habiskan stok yang kena beli.
2. Modal nini cuma RM65. Sikit sangat tapi longterm punya pelaburan
3. Kebebasan masa bersama anak. Semua tahu nini tak akan tinggal marissa jika kemana - mana. Dengan shaklee nini boleh hadiri kelas bersama - sama marissa.
4. Kelas dilakukan online dan off line. Online boleh dilakukan bila - bila masa dan dimana jua. Kalu miss kelas online anda masih boleh dapat semua bahan kelas tanpa sikit pun berkurang.
5. Nini tak perlu terkejar - kejar ke pejabat pos sebab semua online. Pihak shaklee uruskan pengeposan semua barang terus kepada pengguna.
6. Sistem yang adil dan mengikut syariah. Lagi banyak kita buat lagi sikit upline kita dapat.
Nini akan terangkan di update yang lain.
7. Vitamin ni 100% dari bahan semula jadi.
8. Setiap vitamin diuji banyak kali sebelum dijual dipasaran. Setiap vitamin mempunya sijil halal.
9. Kumpulan sokongan yang kuat. Saling membantu walaupun anda berada jauh didalam  system kumpulan anda. Anda mampu untuk mendekati semua level tanpa sebarang halangan. Jadikan mereka mentor anda dan duplikasi semua yang mampu anda buat.
10.setiap bulan diadakan kelas percuma. Kelas itu dikenali sebagai Health Talk.
Jika ada kelas dijalankan dikenakan bayaran bayaran tidak tinggi kurang dari RM50.

Saturday, August 30, 2014

Meal Shake Merbahaya?

Meal shake merbahaya?
Memang merbahaya. Sekali ambik meal shake anak - anak kita akan minta selalu. Nini dan ramai kawan - kawan dah rasa dan melaluinya..
Anda seronok tak anak anda suka makan? Masalah kesihatan seperti demam, selesema dan sembelit hilang?
Mesti seronokkan tapi ada berita buat anda sedih.
Meal Shake mengandungi maltodextrim. Maltodextrim ialah bahan tambahan (additive) dari karbohidrat complex seperti jagung, barli, beras, kentang dan gandum. Bahan ini biasa dijumpai dalam protien shake.
Maltodextrim diperlukan untuk membekalkan 'glucose' kepada badan dengan cepat.
Keburukan maltodextrim ialah bila tidak digunakan ia akan ditukarkan menjadi lemak.
Jangan risau. Itu la sebabnya pihak shaklee menetapkan pengambilan maksimum meal shake adalah 34g atau bersamaan 1/4 cup sehari untuk dewasa. Pengambilan Meal Shake berbeza mengikut berat badan, aktiviti dan masalah kesihatan.
Meal Shake boleh diberi kepada baby bermula umur 1 tahun.

Pastikan pengambilan vitamin kanak-kanak seperti Mealshake Shaklee juga diambil mengikut sukatan yang betul.

  • 1-3 tahun, 1sudu kecil sekali sehari

  • 4 tahun ke atas, bagi yang aktif dan banyak terdedah pada persekitaran luar seperti ditaska 1 sudu besar sekali sehari

  • Tapi jika ibu atau bapa juga ingin menikmati Mealshake Shaklee, boleh mengambil 1 sudu besar 1-2 kali sehari.

Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. 



KAMI ADA WAKIL JUALAN DI SELURUH MALAYSIA
 HUBUNGI KAMI UNTUK ORDER SHAKLEE
Perlu Khidmat Rundingan?
Hubungi saya :
FACEBOOK : Wan Mahani Binti Mahadzar
wmmahadzar@gmail.com
SMS/Whatsapp: 018 -9054626
SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU
COD: Kota Damansara, Damansara Damai, Sungai Buluh, Shah Alam



Sunday, August 24, 2014

Sijil Halal diragui?

Pernah anda minta sijil halal vitamin yang kita makan?
Jika pernah. Macam mana sijil halal tersebut ada dinyatakan setiap jenis vitamin atau hanya satu bahan sahaja yang ditulis?
Bagi vitamin biasa memang hanya tulis pasal kapsul sahaja bahan tidak ditulis sebab vitamin itu dari sumber sintetik iaitu diolah dari bahan kimia.
Bagi vitamin yang diolah dari bahan semula jadi sijil halal akan menulis setiap jenis vitamin.
Untuk elak was - was ramai yang kita ambil vitamin yang ditulis vegi cap. Memang ini dari sumber tumbuh - tumbuhan.
Dulu itu la nini dan ramai lagi sahabat kita diluar sana.
Sekarang no more vitamin sintetik.
Makan vitamin dari sumber natural dan mempunyai sijil halal.
Dah la natural tak mahal pulak tu.
Jimat memang jimat...

Sila lihat sijil halal ni ye...
Buat pengetahuan sahabat sekalian...

Wednesday, August 20, 2014

Cara pengiraan jumlah air sehari.

Ramai tanya kenapa masih gemuk walaupun dah lama ambik set slimming. Badan kami naik la bukan turun.
Semua berpunca dari air..
Tanpa air macam mana lemak yang dipecahkan hendak dikeluarkan jika badan kita kurang air.

So air amat penting dalam proses pengurangan berat badan.
Jom kita kira berapa air yang diperlukan badan.

Bagi orang normal iaitu bmi antara 18.5 - 25 dia memerlukan 8 gelas air satu hari.
Aku gemuk cukup ker 8 gelas sehari, BMI aku saja dah 30. So jawapannya tak cukup la.
Jom nini bantu anda kira berapa banyak air diperlukan.
Setiap 25kg berat kita memerlukan 1 liter air.
So
Jumlah air = Berat badan (kg) / 25.

Contoh:
87.4 / 25 = 3.496 liter air

Kena habis kan sekali minum ker?
Tidak 3.5 liter ni perlu dihabiskan sebelum pukul 9 malam.
So jika dikira dari pukul 7 pagi hingga 9 malam anda mempunyai 14 jam

Tak banyak pun anda kena minum dalam masa 1 jam
3500ml air / 14 jam = 250ml je sejam.
Sedikit jekan..

Sumber majalah Pa&Ma januari 2013




Sunday, August 17, 2014

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog milik saya yang berkisarkan product shaklee. Saya bukan Doktor. Blog ini tidak pernah di nilai oleh badan pemakanan / dadah dari mana - mana negara. product dari blog ini juga tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni yang saya sertakan didalam blog ini adalah sekadar rujukkan. Product ini adalah saranan pengguna. setiap pengguna mempunyai kesan berbeze bagi setiap pengguna. Sila ambik perhatian. semua kisah yang saya paparkan mahupun dikongsi didalam blog ini tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pengeluar. Blog ini hanya untuk berkongsi maklumat umu / sumber pendidikan bukan sebagai nasihat perubatan. Setiap pengguna dinasihatkan mendapat nasihat mahupun kebenaran dari doktor sebelum mengambil sebarang vitamin mahupun ubatan. terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang serius.