Thursday, December 4, 2014

Macaroni Bakar Tanpa Prego dengan Meal Shake

Dah lama tak bercerita dalam blog ni.

Hasil bermain masak - masak dengan marissa.
Balik kerja tak tahu nak masak apa. So mama pun cari la chef kecik mama.

Kerana terlalu suka makan pasta. So marissa dah hafal semua bahan untuk buat sos putih.
Dia siap atur semua bahan untuk masak..
Jika tak nak bakar pun boleh.


Memang simple

Bahan - bahan
300ml susu full cream
100ml air
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan isi ayam (dicincang)
1 tin Cendawan Butang
1 biji bawang Kuning
5 ulas bawang putih
2 sudu butter
1 sudu olive oil
1 sudu meal shake
1 sudu teh origano
100gm cheese (6 keping cheddar cheese)* tak masukkan pun tak apa
1 paket pasta
100gm Cheedar untuk ditabur

Cara memasak Kuah.
Cairkan butter bersama olive oil
Masukkan bawang besar kuning dan bawang putih.
Apa bila sudah naik bau masukkan isi ayam.
lepas isi ayam masak masukkan tepung.
Kacau cepat - cepat supaya tepung sebati.
Masukkan susu, air dan origano.
Masukkan Cheese. Masak sehingga cheese cair.
Lepas medidih masukkan cendawan.
Masak sehingga pekat.
Tutup api. Biar sejuk sedikit baru tabur meal shake.
Kacau untuk sebatikan meal shake.

Panaskan air bersama garam
masukkan Macaroni apabila air sudah mendidih
Masak selama 5 minit
sejat macaroni
Masukkan macaroni kedalam kuah.
Masukkan dalam dulang membakar.
Tabur Cheedar Cheese
Bakar selama 20 minit pada suhu 150 Darjah Celsius



No comments:

Post a Comment